Thursday, 8 September 2011

APAKAH MAKSUD WARRANTY?

Setiap pembelian yang dilakukan selalunya disertakan dengan warranty.Warranty ini selalunya sah untuk jangkamasa tertentu."Warranty  Claim" merujuk kepada proses dimana pembeli menggunakan haknya yang terdapat di dalam warranty.Beberapa dokumen perlu disertakan apabila membuat "WarrantyClaim".
-bukti pembelian (resit)
-barangan belian yang lengkap
-Warranty form
-Warranty juga bergantung kepada keadaan barangan.Jika barangan telah dibuka dan di servis sendiri.Selalunya pengguna tidak dapat membuat "Warranty  Claim".
Termasuk juga jika barangan rosak adalah disebabkan kecuaian pengguna sendiri.

CETAK ROMPAK DAN AKIBATNYA

Ramai yang menanggung kerugian apabila cetak rompak dilakukan secara berleluasa.Diantaranya:
-pengguna
-pembangun perisian (software developer)
-penjual
-penyelia bantuan (support providers)

BOLEHKAH MEMBUAT SALINAN (COPY) PERISIAN YANG DIBELI?

Selalunya kita dibenarkan membuat salinan untuk tujuan simpanan (archival) sahaja. Ini membolehkan kita menggunakan jika salinan yang asal rosak atau hilang. Bukannya untuk memasang (install) program tersebut pada komputer lain atau berkongsi dengan orang lain. Secara mudahnya, satu lesen  adalah satu komputer sahaja.

NETWORK LICENSE

Lesen ini membenarkan perisian di pasang pada koputer pelayan (server) yang membolehkan komputer pelanggan (client) yang bersambung dengan server tersebut juga menggunakan perisian yang sama.Kadangkala tertakluk kepada beberapa buah komputer sahaja ataupun berbilang komputer (unlimited).

UNLIMITED SITE LICENSE

Lesen ini membenarkan perisian di pasang di semua komputer dengan syarat kesemuanya berada di satu kawasan yang sama, contohnya syarikat atau sekolah.

SINGLE-USER LICENSE

Lesen jenis ini boleh digunakan untuk satu komputer sahaja.

JENIS-JENIS SOFTEWARE LICENSE

Software License terdapat dalam beberapa jenis, diantaranya:
-Single-User License atau Limited License.
-Unlimited Site License
-Network License